Kisah 25 Rasul Pengertian Nabi dan Rasul - Para nabi merupakan orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah S.W.T sebagai panduan hidup dirinya sendiri.Sedangkan Rasul adalah nabi yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya. Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad S.A.W yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zaman baginda hingga kelak nanti tiba hari kiamat.
Selepas kewafatan baginda, tugasnya itu disambung oleh orang Islam yang menjadi pengikutnya. Sebagai seorang Islam,kita perlu patuh kepada rukun Iman,dan Rukun Iman yang kedua yaitu percaya kepada para nabi dan para rasul. Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi yang sebenar tetapi adalah dianggarkanmereka berjumlah lebih kurang 100,000 orang dan manakala para rasul pula dianggarkanberjumlah 300 orang.
Aug 1, 2018 - Full-Text Paper (PDF): Jawi-Malay transliteration ResearchGate, the professional. Yonghendri [4] presented Rumi-Jawi Transliteration.
Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipastikan.Jumlah para Nabi dan Rasul sangat banyak. Namun yang harus diimani ada 25 Rasul sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Beliau adalah: Nabi Adam As Nabi Idris As Nabi Nuh As Nabi Hud As Nabi Shaleh As Nabi Ibrahim As Nabi Luth As Nabi Ismail As Nabi Ishaq As Nabi Ya'akub As Nabi Yusuf As Nabi Ayub As Nabi Syu'aib As Nabi Musa As Nabi Harun As Nabi Zulkifli As Nabi Daud As Nabi Sulaiman As Nabi Ilyas As Nabi Ilyasa As Nabi Yunus As Nabi Zakaria As Nabi Yahya As Nabi Isa As Nabi Muhammad SAW.